EMPAT tahun lamanya aktres Lee Da-hae tiada sebarang hebahan membabitkan kerjaya seninya di Korea Selatan.
Dalam tempoh tersebut, peminat sering tertanya-tanya tentang perkembangan dirinya.
Selepas lama menyepi, Da-hae membuat kemunculan semula ketika menjadi tetamu dalam program Point of Omniscient Interfere baru-baru ini dengan berkongsi rutin kehidupan sehariannya.
Paling menarik perhatian adalah perkongsian pelakon yang terkenal menerusi drama My Girl itu tentang kediaman mewah yang dihuninya.
Peminat tidak dapat menyembunyikan rasa kagum apabila melihat apartmen mewah milik Da-hae dikongsikan buat pertama kali kepada umum dalam program tersebut.
Ujar pengurusnya, meskipun tidak aktif dalam dunia hiburan, Da-hae tetap menjalani kehidupan yang sibuk setiap hari.
“Ramai peminat yang tertanya tentang karier dan rutin hariannya.
“Tetapi sebenarnya dia sangat sibuk dengan kehidupan seharian,” ujarnya.
Episod tersebut menjadi trending apabila rata-rata peminat sangat terkejut dan berasa kagum dengan kekayaan dimiliki aktres itu.