fbpx

Penyanyi wanita diserang strok selepas membuat regangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HELEN Ferrell, 32, diserang strok selepas melakukan regangan yang disyorkan oleh pakar kiropraktiknya. – Daily Star

LONDON – Seorang penyanyi wanita di Britain dilaporkan mengalami strok selepas meregangkan lehernya, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Helen Ferrell, 32, mengalami ‘sakit yang amat teruk’ di belakang kepala selepas menggerakkan kepalanya dari satu sisi ke sisi lain, lapor laman berita Manchester Evening News.

Tanpa memikirkan apa-apa, Ferrell tidur seketika dan didapati hilang keupayaan untuk bercakap atau berjalan setelah dia sedar.

Penyanyi professional wanita itu ternyata diserang angin ahmar selepas pembuluh darahnya terkoyak.  

“Saya rasa diserang strok selepas dikejutkan pasangan saya sehari selepas melakukan regangan. Sebaik sahaja bangun, saya mula rasa sakit di telinga, mengeluarkan bunyi yang kuat seperti berdengung. 

“Doktor beritahu saya mengalami strok selepas pembuluh darah utama terkoyak ketika meregangkan leher. Ketika berada di wad, saya cuba menyanyi dan sedar tidak mampu mengawal pita suara,’’ jelas Ferrell. 

Aktiviti regangan yang dilakukan telah disyorkan oleh pakar kiropraktiknya selepas dia mengalami ketidakselesaan pada bahagian leher sebelum ini. 

Ferrell dikejarkan ke unit kecemasan setelah tersedar dari tidur dan lengan kanannya bergoyang tanpa kawalan dengan ‘sakit teruk selama kira-kira tiga jam’.

Ferrell menjalani terapi dan kini boleh berjalan semula. Rawatan dijalankan memakan perbelanjaan sebanyak £7,000 (RM39,913)..

Bagaimanapun, penyanyi itu tidak tahu bila dia boleh bernyanyi semula. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI