fbpx

Laluan sekitar jejantas SMK Pengkalan Permatang ditutup 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN jejantas pejalan kaki yang merekah di hadapan SMK Pengkalan Permatang, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Laluan kawasan jejantas pejalan kaki berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang di sini, yang merekah akan ditutup selama tiga hari bermula malam ini.

Penutupan sementara jalan bagi semua kenderaan itu ekoran pelaksanaan kerja menurunkan rasuk jejantas tersebut.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor berkata, kerja penurunan rasuk itu akan dijalankan pihaknya mulai 11 malam hingga 6.30 pagi Khamis ini.

Katanya, penutupan Jalan Klang-Sabak Bernam di lokasi itu akan mengakibatkan gangguan lalu lintas kepada pengguna.

“Bagi pemandu kenderaan berat, mereka  boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Sungai Terap, Jalan Raja Musa dan Jalan Rawang 1.

“Kenderaan ringan pula diminta menggunakan laluan alternatif di Jalan Bukit Belimbing,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI