fbpx

Mafia kecundang kerana Google Maps

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gammino (berbaju coklat) dalam rakaman aplikasi Google Maps di hadapan restoran tempat dia bekerja. - Google Maps

MADRID, SEPANYOL – Seorang anggota kumpulan penjenayah mafia yang sudah 20 tahun melarikan diri daripada polis berjaya diberkas  selepas aplikasi Google Maps merakam gambarnya di sebuah pekan di Madrid, Sepanyol.

Menurut laman berita Oddity Central, Gioacchino Gammino yang merupakan anggota mafia Itali itu melarikan diri daripada hukuman penjara seumur hidup kerana melakukan jenayah pembunuhan  sekitar tahun 2003.

Waran tangkap Kesatuan Eropah telah dikeluarkan atas nama lelaki itu,  namun pihak berkuasa gagal mengesannya sejak 20 tahun lalu.

“Imej Google Maps membantu kami mengesahkan kes siasatan yang sudah dijalankan selama bertahun-tahun ke atas Gammino,” kata Timbalan Pengarah Unit Polis Anti Mafia Itali (DIA), Nicola Altiero.

Apabila Gammino ditangkap pada 17 Disember tahun lalu, perkara pertama yang ditanya lelaki itu adalah bagaimana pihak berkuasa berjaya mengesannya.

“Bagaimana anda berjaya menemui saya sedangkan sudah 10 tahun saya tidak menghubungi keluarga sendiri,” ujarnya kehairanan.

Kelibat Gammino yang menyamar sebagai cef di Restoran La Cocina de Manu  dicam menerusi parut pada  bahagian kiri dagunya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI