fbpx

Penerbit rancangan direman kemuka tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini - Foto IHSAN SPRM

PUTRAJAYA – Tindakan seorang penerbit rancangan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM300,000 akhirnya membawa padah apabila dia ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Menurut sumber, suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam selepas hadir ke Pejabat SPRM Kuala Lumpur untuk memberikan keterangan.

“Suspek yang merupakan penerbit rancangan di sebuah agensi penyiaran dipercayai telah mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu bagi tiga rancangan dokumentari berjumlah lebih RM300,000.

Tuntutan terbabit dipercayai dibuat pada tahun 2017 dan 2018 sedangkan rancangan itu tidak dilaksanakan,” katanya.

Suspek telah dibenarkan reman selama empat hari sehingga 14 Januari selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab. Rahman mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan siasatan berhubung kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI