fbpx

Dua anggota polis antara 380 individu ditahan kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian dadah yang dirampas dalam serbuan di George Town Jumaat lalu.

GEORGE TOWN – Seramai 380 orang termasuk dua anggota polis ditahan dalam tempoh 1 hingga 9 Januari lalu kerana pelbagai kesalahan berkaitan dadah termasuklah menjadi pembekal, memiliki dan positif dadah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, polis yang ditahan itu membabitkan anggota berpangkat Konstabel dan Lans Koperal yang didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“Ujian air kencing melibatkan pegawai dan anggota polis memang dijalankan secara berkala dan mengejut bagi memastikan pasukan polis bebas dari dadah.

“Konstabel yang positif methamphetamine itu sedang dalam proses tahan kerja semasa ujian air kencing dijalankan ke atasnya, manakala Lans Koperal pula sedang bertugas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shuhaily, fokus polis Pulau Pinang pada tahun ini adalah membanteras kegiatan pengedaran dadah dalam usaha mengurangkan penagih dadah kerana mereka adalah antara penyumbang kepada kes jenayah.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas pihaknya menahan dua lelaki dan merampas kira-kira 9.8 kilogram ganja bernilai RM24,570 dalam serbuan di tepi Jalan Masjid Negeri di sini Jumaat lalu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI