PEMANASAN global dilihat telah meninggalkan kesan apabila suhu di Greenland telah melonjak baru-baru ini.
Penelitian daripada Institut Meteorologi Danis (DMI) mendapati, suhu di ibu kota Greenland, Nukk telah mencapai 13 darjah Celsius.
Sebelum ini, purata suhu di lokasi yang sama sepanjang tahun adalah antara -5 hingga 3 darjah Celsius.
Bagi kawasan utara di Qaanaaq, suhu mencapai 8 darjah Celsius, sedangkan purata suhu tahunan di situ antara -20 hingga 1 darjah Celsius.
Pihak DMI masin belum dapat menyimpulkan sama ada lonjakan suhu itu memecahkan rekod tertentu atau tidak.
Namun mereka menyebut kejadian tersebut berkait rapat dengan fenomena meteorologi foehn.
Dalam laporannya, pasukan peneliti mengaitkan lonjakan suhu di Greenland disebabkan pemanasan global.
“Agak luar biasa bahawa fenomena ini berlaku secara serentak di wilayah yang begitu luas untuk satu tempoh yang lama.
“Saat ini, apa yang kami amati, pemanasan global telah menyokong kepada peningkatan suhu di Greenland,” jelas DMI.