fbpx

23 generasi muda celik komputer ditahan kerja judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily (dua dari kanan) menunjukkan barang rampasan pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang di George Town hari ini. Foto IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Satu sindiket perjudian dalam talian yang menjadikan dua unit kondominium mewah sebagai pusat operasi tumpas apabila 23 pekerja sindiket itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di negeri ini Jumaat lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, menerusi serbuan pertama kira-kira pukul 5.25 petang, polis menyerbu kondominum mewah yang disewa di kawasan Persiaran Gurney dan menahan 13 individu iaitu 10 lelaki dan tiga perempuan berumur antara 19 hingga 31 tahun.

“Susulan serbuan pertama, polis menyerbu sebuah lagi kondominium mewah di Jalan Kelawei dan menahan 10 individu yang terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia lingkungan 16 hingga 27 tahun.

“Kesemua yang ditahan bekerja sebagai ejen mempromosikan sindiket perjudian dalam talian dengan bayaran gaji antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan serta komisyen sebanyak lima peratus akan diberikan jika pelanggan kalah dalam permainan perjudian tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shuhaily, sindiket itu dipercayai mengambil pekerja dalam kalangan generasi muda yang mahir dalam selok belok komputer, manakala mereka didapati baru bekerja antara seminggu hingga sebulan selain ada di antara mereka pernah ditahan atas kesalahan yang sama. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI