fbpx

2 lelaki direman kes terima rasuah keluarga banduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki direman kes terima rasuah daripada keluarga banduan di Mahkamah Kangar, hari ini.

KANGAR – Dua lelaki direman bagi membantu siasatan kes rasuah kira-kira RM80,000 yang didakwa diterima daripada keluarga banduan untuk diberikan kepada pegawai penjara Jabatan Penjara, tahun lalu.

Kedua-dua suspek berusia 26 dan 28 tahun itu direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 16 Januari ini.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret, Kamaliza Md. Zain di Kompleks Mahkamah Kangar di sini hari ini.

Menurut sumber, dua lelaki terbabit yang merupakan orang awam ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri kira-kira pukul 6.30 petang semalam susulan aduan daripada orang awam.

“Mereka didakwa bertindak sebagai proksi atau orang tengah yang memperoleh wang daripada keluarga banduan dipercayai untuk diberikan kepada pegawai penjara.

“Kes ini dipercayai dilakukan sepanjang tahun 2021 membabitkan wang rasuah kira-kira RM80,000 dengan melibatkan sebanyak 460 transaksi,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI