fbpx

Orang ramai persoal kualiti pelekat cukai jalan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pelekat cukai jalan yang mudah terkoyak dan sukar untuk ditanggalkan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

PETALING JAYA – Mungkin biasa berlaku kepada kita sendiri apabila melihat pelekat cukai jalan kereta rosak jika kenderaan dibiarkan lama di bawah cahaya matahari.

Bukan itu sahaja, jika ingin membuang pelekat cukai jalan dari cermin kereta juga kadang-kadang ia terkoyak dan melekat di cermin.

Malah ada juga pelekat cukai jalan baharu sudah terkoyak atau rosak sebelum dilekatkan di cermin kenderaan masing-masing.

Isu ini sebenarnya sudah lama berlaku, malah sejak pelekat cukai jalan terkini diganti hampir puluhan tahun, masalah ini tetap sama dan tidak berubah.

Terkini di media sosial, rata-rata orang ramai membincangkan tentang masalah ini dan berharap agar ada penyelesaian kerana pelekat tersebut dibayar dan bukan diperolehi secara percuma.

“Kenapa benda ni yang dah lama sangat kita guna tapi masih lagi ada masalah, masa nak buka sahaja bahagian belakang pelekat mesti terkoyak.

“Kalau nak buang dari cermin pun mesti terlekat, nak buang bukan main susah lagi. Tak akan nak main macam ni sampai sudah,” jelas Fadzil Nik Mat.

“Kat Kuala Lumpur bukan semua orang ada garaj kereta kalau alasan tak boleh kena panas. Sah-sah la kereta berjemur bawah matahari.

“Nak buang yang melekat dekat cermin kereta pun bukan main susah lagi, siap kena pakai sabun. Siapa la yang dapat tender buat benda ni,” kata Nik Nurul Aidawati. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI