fbpx

Terjun bendang, masuk selut pengalaman menarik – Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN NAJUWA

PETALING JAYA – Menjadi seorang pelakon, pelbagai momen menarik dapat dirasai termasuklah babak yang memerlukan mereka bermandi lumpur di sawah padi.

Sama juga halnya dengan aktres popular, Intan Najuwa mengakui salah satu babak dalam drama Bunga Hati memerlukan dia yang memegang watak bernama Dilaila terjun ke dalam bendang menjadi memori yang tidak akan dilupakan dalam lipatan kerjayanya sebagai pelakon.

“Karakter kali Ini berbeza kerana Dilaila agak lasak, ada pula adegan terjun sungai, masuk selut dan terjun ke dalam bendang.

“Pertama kali saya jayakan perkara-perkara mencabar tersebut dan satu pengalaman menarik dan yang tak boleh dilupakan,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 24 tahu itu turut mengakui menjalankan penggambaran pada musim pandemik sangat mencabar dan memerlukan semua kru terlibat melakukan ujian calitan sebelum menjalankan sebarang aktiviti.

“Memang mencabar menjalankan penggambaran ketika musim Covid-19 dan memerlukan kami sentiasa patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Agak susah nak lakukan dan tidak bolek cuai sedikit pun lebih-lebih lagi kami bekerja dalam sebuah kumpulan yang besar. Selain itu kami juga perlu melakukan ujian calitan beberapa kali bagi memastikan tiada sesiapa yang sakit,” ujarnya lagi.

Sebagai info, Bunga Hati arahan arahan Jamal dan Che Mi  yang telah mula bersiaran sejak semalam dalam slot Megadrama menerusi siaran Astro Ria itu turut membariskan nama-nama besar lain seperti Erwin Dawson, Redza Rosli, dan Fauziah Datuk Ahmad Daud. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI