fbpx

Banjir : Jawi sediakan RM1 juta bantu mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengeluarkan peruntukan sebanyak RM1,094,670 bagi sumbangan dan bantuan kepada mangsa banjir di Lembah Klang dan Mentakab, Pahang sejak 20 Disember lalu.

Jawi menerusi satu kenyataan berkata, sumbangan dan bantuan itu hasil kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), masjid dan surau di Wilayah Persekutuan serta rakan strategik Jawi.

Katanya, antara inisiatif berkenaan termasuk Program Dapur It’am iaitu edaran pek makanan bermasak kepada 30,349 orang penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM 326,518.00.

“Jawi Food Bank juga mengagihkan agihan barangan keperluan asas makanan dengan peruntukan berjumlah RM188,397 yang memberikan manfaat kepada 6,143 orang penerima.

“Selain itu, kami turut mengedarkan sumbangan barangan keperluan asas dan peralatan pembersihan kepada 7,730 orang penerima berjumlah RM579,755,” katanya hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI