fbpx

Majikan jangan guna orang tengah untuk elak ditipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan

PUTRAJAYA – Semua majikan yang ingin menggajikan pekerja warga asing agar tidak membuat sebarang pembayaran melalui orang tengah atau pihak ketiga bagi tujuan mempercepatkan proses permohonan tersebut.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, majikan yang menggunakan khidmat agensi pekerjaan swasta juga perlulah memastikan agensi itu berdaftar dan mempunyai lesen yang diperakui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981.

Katanya, ia adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya juga ingin mengingatkan majikan yang mahu menggajikan pekerja warga asing agar mengemukakan permohonan sendiri dan berdasarkan kepada keperluan sebenar pekerja asing.

“Kemasukan pekerja warga asing untuk semua sektor pekerjaan telah diluluskan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Disember 2021 untuk semua sektor yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing iaitu pertanian, perkilangan, perkhidmatan, perlombongan serta kuari, pembinaan dan pekhidmat domestik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saravanan berkata, sebelum ini, kelulusan telah diberikan untuk kemasukan seramai 32,000 pekerja warga asing bagi sektor perladangan secara pengecualian khas.

Katanya, semua kemasukan ini perlu mematuhi Prosedur Tetap Operasi (SOP) kemasukan pekerja warga asing yang telah diluluskan Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 pada 14 Disember 2021.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI