BALIK PULAU – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki merakam gambar seluar dalam seorang wanita di sebuah kompleks beli-belah di Bayan Lepas di sini semalam.
Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 20-an sebelum itu ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek direman selama dua hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.
“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau. kita merampas dua buah telefon, fon telinga dan beg kain tertera perkataan ‘Work Hard’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. -K! ONLINE