fbpx

Bintang Full House, Bob Saget ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAGET dan isteri bergambar pada acara karpet merah tayangan perdana siri komedi MacGruber di Los Angeles pada 8 Disember 2021. - AFP

MIAMI, Florida – Pelawak Amerika Syarikat yang menghiburkan berjuta-juta penonton menerusi siri televisyen Full House pada tahun 1980-an dan 1990-an, Bob Saget telah meninggal dunia ketika berusia 65 tahun, kata keluarga mendiang semalam.

“Kami amat sedih kerana orang yang kami cintai, Bob meninggal dunia hari ini (semalam).

“Beliau adalah segalanya kepada kami ,” kata keluarga Saget dalam satu kenyataan disiarkan oleh majalah People.

 Saget yang digelar ‘Bapa Amerika’, ditemui mati di dalam bilik sebuah hotel semalam, kata pejabat Syerif Daerah Orange.

Punca kematian masih tidak jelas.

Detektif-detektif berkata, mereka tidak menemui petunjuk insiden mencurigakan atau dadah apabila berada di lokasi kejadian susulan panggilan kecemasan dari Hotel Ritz-Carlton Orlando di mana Saget ditemui dalam keadaan tidak bernyawa, demikian menurut polis.

Beliau dalam sesi jelajah AS dan melakukan pertunjukan di Jacksonville pada malam sebelum mayatnya ditemui.

Saget memuat naik status bahawa dia menyukai persembahan di Jacksonville itu dan meminta peminatnya melayari laman webnya untuk jadual petunjukan pada 2022.

Saget dilahirkan di Philadelphia pada 1956. Mendiang mempunyai tiga orang anak iaitu pasangan kembar Aubrey dan Lara serta Jennifer bersama isteri pertamanya,  Sherri Kramer Saget.

Saget meninggalkan anak-anak dan isteri keduanya,  Kelly Rizzo.- AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN