fbpx

Napoli minat dapatkan khidmat Sokratis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOKRATIS (kanan) berdepan kesukaran untuk berada dalam kesebelasan Arsenal musim depan selepas pasukan itu mendapatkan khidmat dua pemain pertahanan baharu. – AFP

NAPLES, Itali – Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis mengesahkan, pihaknya sedang berusaha untuk mencapai persetujuan dengan pemain pertahanan tengah Arsenal, Sokratis Papastathopoulos.

Sokratis, 32, dikatakan bakal meninggalkan The Gunners ke­rana khidmatnya mungkin tidak diperlukan lagi selepas kehadi­ran dua pemain pertahanan baharu iaitu William Saliba dan Gabriel Magalhaes.

Napoli merasakan tonggak skuad antarabangsa Greece itu mampu menjadi pemain sokongan kepada benteng pertahanan sekiranya berlaku kecederaan melibatkan Kalidou Koulibaly dan Kostas Manolas.

“Kami masih lagi berunding dengan Arsenal untuk mendapatkan tandatangan Sokratis kerana dia menjadi salah satu pilihan pembelian baharu,” kata De Laurentiis.

Sokratis dijangka tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dalam saingan Serie A kerana pernah mewakili Genoa dan AC Milan dari 2008 hingga 2012.

Sokratis kemudian berhijrah ke Jerman dengan mewakili Werder Bremen dan Borussia Dortmund sebelum dia akhirnya menyarung jersi Arsenal pada 2018.

Sepanjang bersama The Gunners, Sokratis telah membuat 69 penampilan dalam semua kejohanan termasuk merangkul Piala FA musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI