fbpx

Pemegang rekod MBOR cedera jatuh bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memberi rawatan awal kepada Sabri yang cedera selepas terjatuh dari Bukit Pejajat, Telaga Simul, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang lelaki warga emas yang merupakan pemegang rekod pejalan kaki solo terjauh negara cedera selepas terjatuh pada ketinggian enam meter ketika sedang mendaki Bukit Pejajat di Telaga Simpul di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, Sabri Ali, 60, yang juga Duta Kelulut Walk cedera pada bahagian kepala dan pinggang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd. Zailani Abdullah berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Bukit Kluang di sini dikatakan mendaki bukit itu secara bersendirian.

“Sewaktu menuruni bukit yang berbatu tersebut untuk pulang, tali yang digunakannya dikatakan tiba-tiba putus menyebabkan dia terjatuh pada ketinggi enam meter,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zailani berkata, operasi untuk menyelamat lelaki berkenaan agak sukar kerana dia jatuh pada struktur bukit yang berbatu dan curam.

“Mangsa telah diusung melalui lereng bukit yang berbatu sejauh 100 meter dengan dibawa keluar dengan menggunakan bot.

“Jalan laut terpaksa diambil kerana lokasi mangsa terjatuh lebih berhampiran dengan pantai selain laluan darat lebih berisiko,” katanya.

Sebelum ini, Sabri pernah diiktiraf sebagai Pejalan Kaki Solo Terjauh oleh Malaysia Book of Record (MBOR) selepas berjaya menamatkan jarak perjalanan sejauh 2,109.17 kilometer melalui 49 lokasi merentasi 14 negeri pada tahun 2016. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI