fbpx

Kerajaan negeri akan bincang isu kuil dibina dalam gua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuil Nam Thean Tong yang terletak dalam gua di Gunung Rapat, Ipoh. - FOTO: IHSAN MEDIA SOSIAL

IPOH – Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa tempatan berhubung notis pengusiran beberapa tokong yang dibina di dalam gua.

Menurut beliau, pihaknya akan bertemu dengan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian negeri Perak dan Pegawai Daerah Kinta bagi mendapatkan gambaran sebenar.

“Saya akan bertemu dengan mereka hari ini. Saya juga akan membawa isu ini semasa mesyuarat Exco bagi melihat apa jalan penyelesaian yang boleh diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung isu tersebut pada sidang akhbar selepas merasmikan projek pecah tanah kerja menaik taraf sebahagian Jalan Tambun yang dilaksanakan secara usahasama antara kerajaan dan swasta di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, pihak pengurusan Kuil Nam Thean Tong dekat Gunung Rapat di sini telah diberikan notis daripada Pejabat Tanah Daerah Kinta pada Jumaat supaya mengosongkan gua berkenaan dalam tempoh 30 hari.

Kuil tersebut yang terletak di dalam gua dikatakan berusia 155 tahun dan merupakan salah satu lokasi yang kerap dikunjungi.

Ia terletak bersebelahan Kuil Sam Poh Tong yang merupakan destinasi pelancongan popular di bandar ini.

Selain Kuil Nam Thean Tong, difahamkan 19 buah kuil lain di dalam beberapa gua di sini yang juga merupakan tanah kerajaan telah menerima notis sama dan bakal berdepan tindakan serupa.

Kosmo! pernah melaporkan sebelum ini bahawa tindakan menduduki mana-mana gua di negeri ini tanpa kebenaran adalah salah kerana ia merupakan tanah kerajaan yang tidak boleh diceroboh walaupun atas apa tujuan sekali pun.

Ini termasuk membersih, menggali, mendirikan bangunan atau struktur termasuk mengalihkan kayuan sedia ada.

Pencerobohan gua adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 iaitu sama sepertimana tindakan menceroboh tanah kerajaan lain.

Tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen ini memperuntukkan denda sebanyak RM500,000, penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI