fbpx

Fama usahakan harga sayur kembali stabil tidak lama lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fasiah (depan kiri) ketika meninjau pusat operasi FAMA Bukit Mertajam di Seberang Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan untuk berusaha menstabilkan harga sayuran tidak lama lagi selepas keadaan semasa kembali pulih.

Pengerusinya, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh berkata, ia berikutan masalah yang dihadapi petani sebelum ini seperti banjir dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19 sudah mula diatasi.

“Selepas banjir, harga agak tinggi dan sekarang kira sedang usahakan (turun harga) kerana petani sudah mula menanam dan saya yakin suatu ketika harga akan kembali stabil.

“Saya yakin dan memberi jaminan ia akan berlaku beberapa bulan lagi selepas segala usaha dilakukan bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Pengedaran Fama Bukit Mertajam di sini yang turut dihadiri Pengarah Fama negeri, Mohd. Azraie Ramli.

Kompleks berkenaan menjalankan perniagaan komersial oleh FAMA Corporatian Sdn. Bhd. (FAMACORP).

Sementara itu, beliau berkata, FAMACORP merancang memperluaskan lagi aktiviti perniagaan dengan meneroka perniagaan lebih mencabar dengan memanfaatkan sepenuhnya ruang yang ada di kompleks itu.

“Antaranya adalah melalui peruntukan RM1.5 juta yang bakal disalurkan bagu mewujudkan kemudahan bilik sejuk untuk membantu golongan usahawan tempatan yang mempunyai akses pasaran eksport,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI