fbpx

Jangan biarkan peminat kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya bakal berdepan dua aksi penting tahun ini dan kegagalan di Piala AFF Suzuki sebelum ini perlu segera dilupakan.

SEKALIPUN menerima kecaman hebat ekoran kegagalan skuad kebangsaan pada kempen Piala AFF Suzuki 2020 lalu, keputusan yang dibuat oleh Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan sebagai pengendali pasukan itu harus dipuji kerana bersifat ‘gentleman’.

Melepaskan jawatan selepas Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) gagal dicapai bukanlah satu perkara yang dianggap teruk dan memalukan kerana seseorang jurulatih meletakkan jawatan selepas pasukan dibimbing mereka gagal adalah perkara lumrah.

Biarpun sedar mengenai kekangan yang dihadapi Cheng Hoe dalam berdepan saingan kali ini, ia tidaklah sepatutnya menjadi alasan, malah memberikan lebih banyak alasan kerana kegagalan itu menyebabkan rasa hormat terhakis berbanding meletakkan jawatan dan memberikan peluang kepada orang lain.

Isu kekangan waktu untuk mengumpulkan pemain selain ada beberapa pemain yang meminta pelepasan untuk tidak beraksi pada saingan kali ini adalah alasan yang tidak boleh diterima.

Untuk bersaing di peringkat lebih tinggi, kita sedar sejauh mana kemampuan dan Piala AFF ini sahajalah peluang untuk peminat berasa sedikit bangga dengan skuad bola sepak yang ada tetapi jika itu pun kita tidak mampu lakukannya, apa lagi yang boleh diharapkan.

Ketika ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memulakan proses ‘post-mortem’ untuk mencari punca sebenar kegagalan tersebut dan kita berharap ada alasan yang mampu dihadam oleh peminat apabila hasil itu didedahkan kelak.

Kita juga berharap, bedah siasat itu akan memberikan petunjuk untuk memperbaiki kelemahan supaya tampil lebih baik ketika skuad negara bakal turun dalam dua misi besar tahun ini iaitu kelayakan Piala Asia 2023 dan Piala AFF Suzuki 2022.

Selepas jawatan ketua jurulatih itu dikosongkan, timbul pelbagai desas-desus mengenai calon-calon yang bakal dipilih untuk menggantikan Cheng Hoe dan membawa skuad negara kembali menjadi pasukan yang baik sekurang-kurangnya kalaupun bukan digeruni.

Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell yang baharu dilantik memberi bayangan bahawa jawatan itu akan diisi oleh jurulatih dari luar kerana pada pendapatnya, ia akan memberikan kelebihan jangka masa panjang.

Antara nama yang rancak diperkatakan ketika ini adalah Ketua Jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak yang dianggap sudah ‘masak’ situasi bola sepak negara selain berjaya mengemudi pasukannya meraih gelaran juara Piala Malaysia lalu.

Hodak yang seakan bersedia menerima jawatan tersebut memberi amaran awal bahawa jika dipilih, beliau enggan ada campur tangan daripada mana-mana pihak dalam urusan membentuk skuad negara.

Jurulatih dari Zagreb itu sebelum ini pernah mengemudi skuad Bawah 19 tahun negara, barangkali beliau sudah ada pengalaman mengenai situasi itu sebelum ini sehinggakan perkara itu menjadi hasrat pertama yang terluah dari sanubarinya.

Isu ‘tangan ghaib’ ini bukanlah bukan perkara baharu, selain rasuah ia adalah salah satu lagi musuh yang mampu menjahanamkan sukan nombor satu itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI