fbpx

Bintang filem orang kulit hitam pertama meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidney Poitier memegang Trofi Oscar di Anugerah Akademi ke-74 di Hollywood pada 23 Mac 2002. - AFP

WASHINGTON – Bintang filem orang kulit hitam pertama Hollywood, Sidney Poitier dilaporkan meninggal dunia di usia 94 tahun akibat sakit tua pada 7 Januari lalu, lapor agensi berita AFP.

Kematian Poitier yang memegang dua kewarganegaraan iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Bahamas disifatkan satu kehilangan besar buat industri seni AS.

“Poitier ialah seorang ikon, hero, mentor, pejuang dan khazanah berharga buat negara ini.

“Kehilangannya akan amat dirindui,” tulis Timbalan Perdana Menteri Bahamas, Chester Cooper di laman Facebook rasmi.

Poitier menerima Anugerah Oscar pada 2002 untuk persembahan luar biasanya di layar perak.

Antara filem yang pernah dibintangi oleh mendiang adalah In The Heat Of The Night (1967), A Raisin In The Sun (1961) dan Mandela and De Klerk (1997).

Pada 1997, beliau memegang jawatan rasmi selaku duta Bahamas ke Jepun.

Beliau dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden AS, satu penghormatan awam tertinggi negara oleh Barack Obama pada 2009.

Poitier telah berkahwin dengan isteri keduanya, Joanna sejak 1976 dan mempunyai enam anak serta ramai cucu dan cicit. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI