fbpx

Lapan kes varian Omicron dikesan di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Sebanyak lapan kes positif varian Omicron telah dikesan di Terengganu melibatkan jemaah yang pulang menunaikan ibadah umrah di tanah suci.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong, berkata, daerah Kuala Terengganu, Besut dan Dungun masing-masing merekodkan dua kes.

Tambah beliau, satu kes pula masing-masing dikesan di daerah Kemaman dan Kuala Nerus.

“Kes pertama varian Omicron dicatatkan pada 15 Disember lalu membabitkan seorang jemaah wanita yang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah (HSO).

“Kesemua kes adalah penerima vaksin Covid-19 dan mereka hanya pesakit kategori satu dan dua sahaja. Begitupun, dua pesakit dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sebagai langkah pemantauan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Kasemani berkata, setakat ini, tiada kluster atau penularan varian ini dikesan merebak dalam kalangan ahli keluarga atau komuniti,”

Dalam pada itu, Kasemani berkata, kes harian positif Covid-19 menunjukkan penurunan sejak tiga hari lalu dengan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) pada bacaan 0.87 sehingga semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI