fbpx

Warga emas di Kelantan ‘liat’ ambil dos vaksin penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izani (tiga dari kanan) berbual dengan salah seorang Ahli Majlis MPKB-BRI yang menerima watikah pelantikan di Hotel Perdana, Kota Bharu hari ini. - FOTO: ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Sikap warga emas yang mengambil langkah tunggu dan lihat merupakan antara penyebab kadar pendaftaran untuk mendapatkan suntikan vaksin penggalak dalam kalangan golongan itu masih rendah di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, golongan terbabit didapati berasa selesa selepas mereka sudah mendapatkan suntikan vaksin dos pertama dan kedua.

Menurutnya, keadaan itu jelas menunjukkan bahawa warga emas di Kelantan lebih gemar untuk mengambil pendekatan tunggu dan lihat kesan sampingan terhadap pengambilan dos vaksin penggalak.

“Rakyat kita lebih suka tunggu dan lihat dahulu. Kita harap mereka lebih faham bahawa varian jangkitan Covid-19 ini pelbagai dan sentiasa berubah-rubah.

“Suntikan vaksin ini sebagai pelindungan memandangkan kita tidak tahu varian baharu muncul. Sebagai contoh, kita sedang menghadapi varian Omricon dan sebagai pelindung, kita perlu ada ketahanan diri yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Watikah Perlantikan Ahli Majlis Perbandaran Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Izani berkata, pihaknya sentiasa mengadakan kempen dan sebaran maklumat bagi memberi informasi berhubung kepentingan suntikan vaksin di papan iklan, radio dan media sosial Facebook.

Ujarnya, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal apabila berada di kawasan awam terutama sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut tidak lama lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI