fbpx

[VIDEO] Teruja naik bot tentera ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar-pelajar sekolah dari Kampung Bemban, Simpang Durian, Jelebu teruja dapat menaiki bot tempur tentera untuk ke sekolah masing-masing selepas jambatan yang menjadi laluan mereka sebelum ini runtuh akibat banjir besar.

JELEBU – Perjalanan ke sekolah pada pagi ini tentunya menjadi pengalaman berbeza buat 26 orang pelajar dari Kampung Bemban, Simpang Durian, di sini.

Ia apabila mereka terpaksa menaiki bot tempur yang disediakan oleh pihak tentera darat selepas jambatan besi yang menjadi laluan mereka sebelum ini untuk ke sekolah runtuh susulan banjir besar yang melanda pada 19 Disember tahuh lalu.

Pelajar tahun dua, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Buloh, Simpang Durian, Nur Fatihah Yasmin Yusaini Azril, 8, berkata, dia sangat teruja apabila buat pertama kali menaiki bot tentera untuk ke sekolah pada pagi ini.

“Saya sudah bangun seawal pukul 5 pagi untuk pergi ke sekolah hari ini, memang rasa seronok dan teruja kerana pergi ke sekolah hari ini menaiki bot tempur dan akan jadi pengalaman yang tidak akan dilupakan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Bemban, Simpang Durian, di sini hari ini.

Seramai 26 orang pelajar dari Kampung Bemban di sini yang bersekolah di tiga buah sekolah iaitu SK Durian Tipus, SK Sungai Buloh dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Triang Hilir menaiki bot tempur bantuan dari Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Senawang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI