fbpx

23 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 23 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan sebanyak 31,678 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sehingga kini sebanyak 6,390 kes,” demikian maklumat tersebut di sini semalam.

Kesemua kematian tersebut dilaporkan di Terengganu (8), Kedah (4), Kelantan (3), Perak (2), Johor (1), Melaka (1), Pulau Pinang (1), Sabah (1), Selangor (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sarawak, Putrajaya dan Labuan.

Sebanyak 39,927 kes aktif melibatkan 32,743 kes dikuarantin di rumah, 3,520 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,416 kes di hospital, 131 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 117 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI