fbpx

Pemilik bengkel, pekerja asing ditahan disyaki curi komponen kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pemilik bengkel kereta antara ditahan bersama enam pekerja asing bagi membantu siasatan polis kes curi beberapa komponen kenderaan milik seorang pelanggan di sekitar Ampang pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menahan tujuh suspek tersebut selepas menerima laporan daripada pelanggan yang menghantar kereta jenis Proton Putra ke bengkel itu di Taman Keramat, Ampang pada 18 Disember lalu.

“Kesemua suspek ditahan berusia lingkungan 21 tahun hingga 60 tahun dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala saringan awal air kencing pula negatif dadah.

“Enam suspek warga asing itu telah direman hingga 19 Januari ini manakala pemilik bengkel direman hingga hari ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, kesemua suspek disyaki mencuri beberapa komponen kereta seperti unit kawalan enjin (ECU), kabel ‘plug’ (palam), ‘dashboard camera’ (kamera papan pemuka), ECU F1CD, bateri kereta serta penutup ‘plug’.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379(1) Kanun Keseksaan kerana mencuri komponen kenderaan serta Seksyen 6 (1)(c) dan Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada pas sah memasuki negara.

“Pemilik bengkel berusia 60 tahun itu turut disiasat mengikut Seksyen 55 (b) Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI