fbpx

Nama Leonardo DiCaprio diabadikan jadi nama tumbuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEONARDO DICAPRIO

AKTOR terkenal Leonardo DiCaprio, 47, telah diberi penghargaan oleh para penyelidik dari Royal Botanic Gardens di London, Britain apabila menamakan spesies sejenis tumbuhan baharu yang ditemui di hutan simpan Ebo di Cameroon dengan nama Uvariopsis Dicaprio.

Nama unik dengan hujungnya berbunyi ‘Dicaprio’ itu diberikan sebagai tanda penghargaan atas jasa pelakon tersebut berjuang memelihara alam sekitar.

“Nama Dicaprio dirasakan sangat sesuai untuk diberikan pada pokok ini dan berharap sedikit sebanyak dapat membantu menghentikan aktiviti penebangan hutan yang tidak terkawal,” ujar Martin Cheek, penyelidik dari Royal Botanic Gardens.

Aktor Titanic itu difahamkan telah giat menjalankan kempen kesedaran memelihara hutan simpan sejak 2020 melalui promosi dan hebahan dalam media sosial.

Usahanya turut mendapat sokongan daripada penyelidik antarabangsa dalam menggiatkan lagi usaha memelihara flora dan fauna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI