fbpx

Harga barang pasar tani dijamin berpatutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fasiah (dua kanan) menyampaikan cenderahati kepada Tajuddin ( dua kiri) pada lawatan kerja ke Program My Rakyat dan Pasar Tani Kekal (PTK) Kampung Gajah, di sini, hari ini. FOTO / MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

PASIR SALAK – Harga barangan keperluan termasuk ayam yang dijual di pasar tani kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dijamin berpatutan dan tidak membebankan pengguna.

Pengerusi FAMA, Datuk Mohd. Fasiah Mohd Fakeh berkata, peniaga boleh memasarkan terus hasil pertanian mereka di pasar tani tanpa melalui orang tengah.

Katanya, menerusi jualan secara terus dari ladang, peniaga dan usahawan dapat menghapuskan orang tengah yang selama ini mendapat keuntungan sekitar 20 hingga 30 peratus.

“Dari segi kawalan harga ini di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), cuma barang-barang yang dijual di pasar tani dijual lebih rendah.

“Kita berharap dapat mengambil hasil terus dari ladang untuk jual di pasar tani FAMA seperti contoh ayam yang diambil dari ladang boleh dijual pada harga RM6 hingga RM7 sekilogram,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Program My Rakyat dan Pasar Tani Kekal (PTK) Kampung Gajah di sini.

Sementara itu, Mohd. Fasiah berkata, PTK Kampung Gajah akan memulakan operasinya pada Mac depan dengan menempatkan 91 unit iaitu 14 unit lot basah dan 70 unit lot kering serta tujuh unit medan selera.

Tambahnya, PTK yang menelan kos projek bernilai RM2.6 juta itu akan beroperasi bermula pukul 7 pagi hingga 6 petang setiap hari dijangka menjana pendapatan sehingga RM11 juta.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI