fbpx

Warga emas dijumpai mati berbogel di dusun durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT lelaki warga emas yang dijumpai dalam keadaan terlentang dan berbogel di sebuah kebun durian di Berapit, Bukit Mertajam kira-kira pukul 1.40 petang tadi dialihkan oleh seorang anggota polis dengan bantuan dua anggota bomba.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Seorang warga emas dijumpai mati dalam keadaan terlentang dan berbogel di sebuah dusun durian di Berapit, Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 1.40 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, mayat lelaki yang dikenali sebagai Cheng Lip Soon, 77, itu ditemui oleh seorang lelaki lain yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Katanya, beberapa anggota polis yang bergegas ke lokasi kejadian kemudian menemukan mayat tersebut di hadapan sebuah pondok dalam dusun berkenaan dalam keadaan seperti yang dilaporkan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, tiada sebarang tanda-tanda (pada tubuh mayat) yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah.

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk tujuan bedah siasat,” katanya yang memberitahu, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI