GEORGE TOWN – Kerajaan negeri membatalkan acara pesta tahunan, Pesta Pulau Pinang pada tahun ini berikutan pendamik Covid-19 yang sedang melanda negara.
Pegawai Kewangan negeri, Datuk Sarul Bahiyah Abu dalam satu kenyataan berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 12 Ogos lalu membuat ketetapan itu.
“Penganjuran Pesta Pulau Pinang 2020 yang dijadualkan pada 1 Disember adalah dibatalkan,” katanya.
Pesta Pulau Pinang merupakan acara tahunan yang diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini sejak 54 tahun lalu.
Antara aktiviti yang diadakan termasuklah persembahan nyanyian dan boria, pesta jualan dan makanan, pameran lampu serta permainan taman tema. – K! ONLINE