fbpx

Pulau Pinang kekal paling banyak rumah sembelih babi swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SETIAP ternakan babi yang akan disembelih perlu dipastikan bebas daripada sebarang wabak penyakit berbahaya. – Foto ihsan JPV

PUTRAJAYA – Meskipun bukan negeri penternakan babi terbesar di Malaysia, Pulau Pinang terus kekal dengan memiliki paling banyak rumah sembelihan swasta haiwan itu di negara ini.

Perangkaan terbaharu diterbitkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menunjukkan negeri termaju wilayah Utara Semenanjung Malaysia itu kini mempunyai lima premis tersebut.

Ia bertambah daripada hanya tiga pada tahun lalu dan cuma sebuah direkodkan dua tahun lepas, sekali gus membuktikan permintaan tinggi penyembelihan babi di Pulau Pinang.

Antara premis itu terletak di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Daerah Seberang Perai Utara yang pernah mencetuskan kontroversi isu pelepasan najis babi di parit awam sekitarannya.

Rumah sembelih swasta yang sudah dilesenkan JPV sejak 2016 itu mampu menyembelih kapasiti 200 ekor babi setiap hari dengan tempoh sah permitnya berakhir pada 30 Jun depan.

Secara umum, kesemua lima premis tersebut berupaya melakukan penyembelihan mencecah 2,020 ekor babi sehari untuk menampung keperluan penduduk negeri itu dan juga jirannya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI