fbpx

Amy Search nyanyi lagu Isabella hiburkan mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amy Search menunaikan permintaan peminat untuk menyanyikan lagu Isabella

MUAR – Kehadiran penyanyi rock tersohor negara, Amy Search yang melawat dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Pagoh semalam nyata mencuri tumpuan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di sini.

Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, hadir bersama-sama Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad bagi menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di PPS tersebut.

“Lawatan saya pada hari ini bertujuan bagi menyantuni mangsa-mangsa banjir selain memberi sokongan moral kepada mereka dalam menempuhi musibah ini.

“Pada masa yang sama, saya turut menyampaikan bantuan produk kopi milik saya, iaitu Kopi Phewiiit kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS ini,” katanya di sini hari ini

Dalam lawatan itu, Menteri Besar Johor turut menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Negeri Terlibat Banjir Tahun 2022 (Fasa 1) dan Bantuan Wang Ihsan Johor Tahun 2022 (Fasa 1) sebanyak RM1,500 kepada wakil
keluarga mangsa banjir.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI