fbpx

Dikecam menyanyi sampai terbaring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar warga emas menyanyi di kedai makan.

PETALING JAYA – Tindakan seorang warga emas yang menyanyi di kedai makan sambil terbaring hingga terangkat kedua belah kaki dan menunduk membawa padah apabila menerima kecaman orang ramai hari ini.

Berdasarkan sebuah rakaman klip video berdurasi 50 saat yang dikongsikan oleh Kamaruzaman Abdul Rasip lelaki itu membuat aksi itu ketika tiba pada nada tinggi ketika menyanyikan lagu Di Penjara Janji dendangan penyanyi asalnya, Awie.

Umum mengetahui lagu-lagu dendangan Awie agak sukar untuk dibawa kerana memerlukan penghayatan yang lebih mendalam dan nada yang tinggi.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai mengecam cara pakcik itu menyanyi sehingga terbaring.

“Sekali sekala berhibur tidak salah pun tapi tidak seronok melihat pakcik menyanyi sampai terbaring,” ujar @CeknaHoney.

“Mantap pakcik walaupun sudah berusia tetap jiwa tu masih padu dari remaja,” kata @MrcMael.

“Pakcik ini sudah terlebih makan ubat kot sampai terlentang nyanyi,” jelas @SalmaPd. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI