fbpx

Banjir di Johor semakin pulih, mangsa berkurangan kepada 3,714

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usahawan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir boleh memohon pembiayaan Tekun sehingga RM10,000. - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini semakin menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 3,714 orang daripada 1,063 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata, ia melibatkan 1,063 keluarga yang ditempatkan di 47 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah yang masih terkesan.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan pengurangan berbanding seramai 3,720 mangsa daripada 1,060 keluarga ditempatkan di 49 PPS pada pukul 8 malam tadi.

“Segamat terus menunjukkan penurunan apabila seramai 1,674 mangsa daripada 455 keluarga di 26 PPS berbanding 1,715 mangsa daripada 468 keluarga di 28 PPS, malam tadi.

“Bagaimanapun, tiga daerah menunjukkan peningkatan sedikit membabitkan Tangkak dengan 712 mangsa daripada 217 keluarga berbanding 705 mangsa daripada 208 keluarga di sembilan PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata, jumlah mangsa banjir di Muar turut meningkat kepada 1,190 mangsa daripada 356 keluarga, pagi ini berbanding 1,178 mangsa daripada 351 keluarga di 10 PPS serta  Batu Pahat dengan 133 mangsa daripada 35 keluarga berbanding 122 mangsa daripada 33 keluarga di dua PPS.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI