fbpx

IKM wujudkan MiRiCLe penuhi kehendak pemegang taruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad (tengah) menerima cenderamata tanda simbolik penutupan Program Kolokium anjuran IKM di Putrajaya hari ini.

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Institut Koperasi Malaysia (IKM) akan mewujudkan Program MiRiCLe (Liga Koperasi Jutaan Ringgit) dengan pendekatan berfokus dengan konsep ‘Turun Padang dan Ambil Tahu untuk Membantu’ bagi memenuhi kehendak dan keperluan pemegang taruh yang semakin mencabar.

Ketua Pengarahnya, Mohd. Roslan Bani Amin berkata, IKM menyedari bahawa para pegawai perlu turun padang bagi melihat dan merasai sendiri pengalaman gerakan koperasi di lapangan dalam usaha menjadi lebih dinamik dan peka dengan keperluan gerakan koperasi semasa.

“Program MiRiCLe mengambil pendekatan berfokus di mana pegawai IKM beroperasi seperti rakan niaga bersama koperasi dengan pendekatan ‘Turun Padang dan Ambil Tahu untuk Membantu’.

“Untuk melakukan ini, IKM akan menjalin jaringan hubungan dan kerjasama bersama pakar dan pemain industri yang akan membantu dalam memberi input serta pelaksanaan latihan dan bimbingan oleh pihak IKM,” katanya ketika berucap pada Program Kolokium kali ke-13 anjuran IKM di Putrajaya hari ini.

Majlis penutup program disempurnakan Ketua Setiasusaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohammad Mantek. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI