fbpx

Kehidupan berubah selepas jadi OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurus Pasaraya Econsave Cash and Carry, Mas Imran Adam (kanan)menyampaikan sumbangan kepada Muniandy di rumahnya di Jalan Rotan Tanah, Taman Ria, Plentong, Masai baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga, R. Muniandy, 56, hanya mampu mengenang nasib diri apabila hilang punca pendapatan setelah kudung kaki kirinya yang terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman, Jun lalu.

Muniandy berkata, dia tidak menjangka kehidupannya berubah sekelip mata dan kini bergelar orang kelainan upaya (OKU).

Menurut beliau, nasibnya diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga apabila menghidap angin ahmar pada perte­ngahan Disember lalu sebelum kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman.

Menurutnya, selepas kaki ki­rinya dipotong, keadaan itu mengakibatkan tubuhnya bertambah lemah kerana dia juga perlu menjalani rawatan dialisis buah pinggang sejak 12 tahun lalu.

“Kehidupan saya berubah ke­rana diserang strok pada pertengahan Disember lalu hingga bergantung sepenuhnya kepada bantuan isteri untuk bergerak.

“Ujian ini adalah amat berat dan ditambah pula keluarga kami hilang punca pendapatan sejak Jun lalu.

“Sebelum ini saya membantu rakan berniaga secara sambilan dan menerima sejumlah upah, namun buat masa ini kami sekeluarga hanya bergantung kepada elaun Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) seba­nyak RM500 sebulan,” katanya ketika ditemui di Jalan Rotan Tanah, Taman Ria, Plentong, Masai.

Melihatkan keadaannya yang terbatas pergerakan, Muniandy akui merindui ketika masih aktif melakukan tugas rondaan jenayah serta membantu masyarakat.

Katanya, dia yang menjalankan tugasan sebagai ahli Persatuan Keselamatan Komuniti Plentong sepenuh masa tidak pernah jemu membantu masyarakat yang memerlukan tanpa mengira masa.

“Saya aktif dalam program kemasyarakatan sejak hampir 10 tahun lalu termasuk melakukan rondaan cegah jenayah serta membantu masyarakat, namun kini saya tidak berdaya lagi,” ujarnya.

Tambah Muniandy, dia juga mengalami tekanan emosi ke­rana kini tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi menyara ­isteri, K. Devi, 47, dan anak pe­rempuan tunggal berusia 14 tahun.

“Kadang-kala bekalan makanan juga terputus hingga kami terpaksa makan apa yang ada saja. Saya terpaksa menangguh hasrat untuk membeli kaki palsu kerana tiada sumber kewangan,” katanya.

Orang ramai boleh manyalurkan sumbangan kepada Mu­niandy menerusi akaun Maybank miliknya di 101290094955.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI