fbpx

Banjir: 118 anggota, pesara polis rugi lebih setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Seramai 118 anggota dan pesara polis menanggung kerugian lebih RM500,000 akibat terjejas banjir di seluruh negara, baru-baru ini.

Penaung Kelab Skuad 1/87, Datuk Seri Dr. Baharudin Abu berkata, anggota dan pesara polis itu merupakan ahli kelab berkenaan yang bernaung di bawah Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) di tujuh negeri dilanda banjir terutama Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

“Berdasarkan maklumat, kita mendapati seramai 118 ahli termasuk anggota polis yang masih berkhidmat terjejas banjir sehingga harta benda musnah.

Baharudin.

 

“Lapan daripada mereka antaranya di Meru, Hulu Langat dan Gemas paling teruk terjejas dan nilai kerugian dianggarkan lebih RM500,000,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PBPM Wilayah Persekutuan menjelaskan, pihaknya julung kali akan menyalurkan bantuan kepada semua mangsa tersebut sejak ditubuhkan pada 1987.

“Kita amat memahami nasib dialami mereka yang sememangnya agak terbeban ketika ini dan mahu memulakan kehidupan baru.

“Justeru, bantuan wang tunai selain kelengkapan dapur dan persekolahan akan disalurkan secara berperingkat kepada semua mangsa,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI