fbpx

Tujuh negeri diramal ribut petir, hujan lebat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir serta hujan lebat pada malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat bagi tujuh negeri yang dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam ini.

“Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Kerian, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Hilir Perak, manakala di Selangor kawasan dijangka terlibat ialah Klang dan Kuala Langat.

“Selain itu, ramalan sama turut melibatkan kawasan Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan manakala Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beberapa kawasan di Pahang iaitu Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera mengalami cuaca yang sama.

“Di Sabah pula, kawasan terlibat pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan) manakala di Sarawak melibatkan kawasan Limbang (Lawas),” kata MetMalaysia.

Menurutnya lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI