fbpx

Bos Apple dibayar RM400 juta tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cook memegang iPhone 13 Pro Max dan menggayakan jam tangan Apple Siri Tujuh di Cupertino, California, September lalu. - Apple Inc

CUPERTINO, CALIFORNIA –  Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi Apple, Tim Cook menerima bayaran hampir AS$100 juta (RM420.9 juta) bagi tahun 2021, yang juga merupakan ulang tahun ke-10 beliau mengambil alih syarikat tersebut, lapor laman berita MailOnline kelmarin.

Cook menerima bayaran berjumlah AS$98.6 juta (RM415.5 juta), enam kali ganda lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Syarikat pembuat peranti iPhone itu mendedahkan jumlah tersebut dalam pemfailan peraturan, hanya beberapa hari selepas ia menjadi syarikat pertama di dunia yang mencapai nilai pasaran saham sebanyak AS$3 trilion (RM12.63 trilion).

Nilai saham Apple   melonjak sepanjang tahun lepas apabila lebih ramai orang beralih kepada teknologi semasa sepanjang  tempoh pandemik dengan Apple mencipta iPhone dengan kapasiti beroperasi pada rangkaian mudah alih 5G. 

Gaji pokok Cook sebanyak AS$2.99 juta (RM12.58 juta) tidak berubah. 

Kebanyakan gaji beliau diperoleh melalui saham dalam Apple yang diberikan.semasa Cook memasuki pelan insentif jangka panjang.

Cook akan dapat mula menukarkan sahamnya kepada tunai antara 2023 dan 2025, menjadikan lelaki berusia 61 tahun itu mempunyai alasan untuk kekal di syarikat itu selama sekurang-kurangnya tiga tahun lagi.

Cook menyertai Apple pada 1998 dan mengambil alih tugas sebagai ketua eksekutif daripada pengasas bersama Apple, Steve Jobs, sejurus sebelum kematiannya pada 2011.

Dalam tempoh sedekad selepas mengambil alih syarikat gergasi itu, saham Apple telah melonjak lebih daripada 1100 peratus. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI