fbpx

Naim Daniel memancing tak pakai seluar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Naim yang memancing ikan baru-baru ini mendapat perhatian ramai kerana disangka tidak memakai seluar.

TERUS segar biji mata Diva bila bangun tidur dihidangkan dengan ‘pemandangan indah’. Memang dah jadi tabiat apabila celik sahaja mata, terus akan belek media sosial seperti Instagram.

Ternampak hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi dan juga pelakon Naim Daniel sedang memancing ikan di sebuah lokasi kolam untuk pemancing.

Terkejut Diva apabila video yang dikongsikan pelantun lagu Purnama itu memperlihatkan dirinya seolah-olah tidak memakai seluar!

Bukan Diva seorang sahaja yang perasan, malah ada juga segelintir peminatnya meninggalkan komen terkejut apabila turut menganggap Naim tidak berseluar.

Rupa-rupanya tidaklah seperti apa yang disangka. Cuma baju yang dipakainya terlalu besar. Naim pula orangnya kecil molek. Jadi nampaklah seperti Naim tidak berseluar sedangkan dia memakai seluar pendek.

Disebabkan itu, ada juga netizen menasihati Naim supaya menjaga adab berpakaian dan batas aurat sebagai seorang lelaki Muslim.

Apa-apa pun ikan jenis apa yang Naim pancing tu ya?

DIVA: Sedap juga single sulung nyanyian pengarah Michael Ang yang berjudul Cinta atau Propa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI