fbpx

Kereta boleh bertukar warna seperti sumpah-sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta yang dipanggil BMW iX Flow itu menggunakan teknologi dakwat elektronik yang boleh bertukar warna. - Twitter

BERLIN – Syarikat pengeluar kenderaan Jerman, BMW memperkenalkan konsep inovatif pada  Pameran Elektronik Pengguna (CES),  di Las Vegas menerusi ‘kenderaan  bertukar warna’ pertama di dunia, lapor laman berita Wion News.

Kereta yang dinamakan l BMW iX Flow itu menggunakan teknologi dakwat elektronik untuk mengubah bahagian luar kereta itu kepada corak berbeza dalam warna kelabu dan putih.

“Ini adalah perubahan warna yang cekap tenaga menggunakan teknologi dakwat elektronik  E Ink. 

“Oleh sebab itu, kami menggunakan bahan ini. Ia adalah  sejenis kertas tebal dan cabaran kami  adalah untuk melekatkannya pada objek tiga dimensi (3D) seperti kereta,”  kata Jurutera penyelidik BMW, Stella Clarke.

Menariknya, perubahan warna pada kereta itu boleh dikawal menerusi aplikasi telefon pintar. 

Apabila isyarat elektrik dirangsang, bahan itu muncul dengan pigmen yang berbeza pada permukaan, mengakibatkan perubahan warna pada  kereta itu berlaku.

Ia boleh menghasilkan corak berjalur atau warna-warna lain.

Menurut BMW, tiada janaan kuasa yang diperlukan untuk mengekalkan warna yang dipilih pemandu.

“Kegemaran saya ialah penggunaan warna untuk mempengaruhi pantulan cahaya matahari. 

“Pada hari panas dan cerah, anda boleh menukar kepada  warna putih untuk memantulkan cahaya matahari manakala pada hari yang sejuk pula, anda boleh menggunakan warna hitam untuk menyerap haba,” kata Clarke. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI