fbpx

Kanak-kanak minta pengawal periksa suhu badan patungnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi seorang kanak-kanak yang meminta pengawal keselamatan memeriksa suhu patung miliknya menjadi tular di media sosial. - TikTok

JAKARTA – Satu video yang menunjukkan aksi seorang kanak-kanak perempuan meminta supaya suhu badan anak patung yang dibawanya diperiksa menjadi tular di media sosial Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com.

Dalam video yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok bernama @ikanhiiu itu, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berbaju hijau sedang memegang anak patung berwarna merah jambu.

Suhu badannya diperiksa oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah premis dipercayai merupakan sebuah pusat beli-belah.

Selepas suhu badannya diperiksa, kanak-kanak itu menghulurkan patungnya kepada pengawal keselamatan di situ, meminta suhu badan anak patung tersebut turut diperiksa.

Pengawal keselamatan itu dilihat meletakkan peranti  termometer pada patung tersebut dan memeriksa suhunya.

Netizen yang menonton video tersebut terhibur dengan kerenah kanak-kanak tersebut dan meninggalkan pelbagai komen.

“Kanak-kanak itu ambil kisah tentang rakannya,” komen seorang netizen.

“Lelaki itu (pengawal keselamatan) pula hanya mengikut sahaja,” komen netizen lain. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI