PETALING JAYA – Tindakan penghantar barang atau ‘rider’ memuat naik status terkini penghantaran barang ‘kurier dikejar anjing’ baru-baru ini mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi satu ciapan di Twitter oleh seorang pengguna yang bernama @FawazAzuar, status penghantaran barang oleh seorang individu bahawa dia dikejar anjing.
“Bukan mudah kerja seorang kurier. Semoga dipermudahkan urusan pada anda semua,” katanya.
Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang terhibur dengan status penghantaran tersebut dan ada pengguna yang berkongsi pengalaman mereka pernah dikejar anjing semasa membuat penghantaran.
“Saya pun ada pengalaman yang sama dahulu dan minta pemandu kurier itu membuat laporan polis,” kata @smaisarahs.
“Mesti pulas minyak lagi laju ketika dikejar anjing, sebab nak cepat sampai,” ujar @nellyberry.
“Kesian pun ada, nak tergelak pun ada. Semoga abang kurier tidak digigit anjing,” tulis @Akayumebunbun. – K!ONLINE