fbpx

Johor pastikan sungai diselenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Segamat

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan memastikan sungai-sungai di negeri ini sentiasa diselenggara dengan baik sebagai langkah mengelakkan berlakunya bencana banjir.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri juga akan mengkaji dan meneliti penambahbaikan serta penyelenggaraan sistem saliran di setiap daerah khususnya kawasan titik panas berlaku banjir.

Menurut beliau, tindakan penambahbaikan itu wajar dilaksanakan bagi mengelakkan lebih banyak kerugian dan perbelanjaan ditanggung akibat bencana tersebut.

“Rakan Exco Johor diingatkan supaya mencari pelan jangka panjang untuk memastikan sungai di negeri ini perlu diselenggara secara berkala. Jangan sampai sungai sudah mendap, menjadi cetek atau tersekat baru nak buat kerja selenggara,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Festival Permainan Tradisional di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hasni memberitahu, penambahbaikan infrastruktur serta pengurusan sistem saliran juga perlu diberikan dalam menangani masalah ini.

“Johor merupakan negeri yang maju dan kerosakan akibat banjir mungkin akan menelan kos yang besar. Justeru, pelan jangka panjang perlu diberikan tumpuan.

“Di negeri maju, bandar, pekan, kampung dan rumah-rumah dahulu tidak macam 30 tahun lalu. Berlaku banjir mungkin kerosakan RM100,000 hingga RM200,000 bagi satu kampung,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI