fbpx

45 samseng jalanan ditahan di Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian 33 motosikal yang disita dalam operasi di sekitar bandar raya Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Seramai 45 penunggang motosikal termasuk lima yang melakukan aksi ‘wheeie’ ditahan dalam operasi sekatan jalan raya di bandar raya ini semalam.

Operasi pada pukul 2 pagi itu menumpukan Jalan Pintasan Pulau Sekati-Manir dan Jalan Pintasan Kampung Tok Adis-Durian Burong di sini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, kedua-dua laluan itu dikenal pasti menjadi tumpuan penunggang motosikal terutama pada hujung minggu.

“Seramai tiga lelaki dikesan menunggang secara berbahaya dengan melakukan aksi ‘wheelie’ dan meniarap di atas motosikal masing-masing di Jalan Pintasan Pulau Sekati-Manir pada pukul 2 pagi semalam.

“Dua lagi remaja berusia 15 dan 16 tahun pula ditahan atas kesalahan sama di Jalan Pintasan Kampung Tok Adis-Durian Burung pada pukul 5 petang hari sama,” katanya di sini hari ini.

Kesemua lima penunggang motosikal itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambah beliau, seramai 40 penunggang dan pembonceng lain turut ditahan atas pelbagai kesalahan dalam operasi sama.

“Kita turut menyita 33 motosikal yang ditunggang mereka dan dibawa balik ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu di sini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI