fbpx

5 sungai di Johor melebihi tahap bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di sekitar daerah Segamat, Johor.

PETALING JAYA – Sejumlah lima sungai di Johor merekodkan paras air melebihi tahap bahaya ekoran hujan berterusan.

Menerusi portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), beberapa sungai turut mencatatkan peningkatan sekali gus berisiko untuk menyebabkan banjir di kawasan berkenaan.

Lima sungai melibatkan kawasan di Muar, Mersing dan Segamat melepasi paras bahaya antaranya Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Muar menunjukkan sungai itu berada pada paras 3.40 meter dengan trend menurun serta Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat mencatatkan bacaan 9.78 meter melebihi tahap bahaya sebanyak 0.64 meter dengan trend menurun.

“Di Sungai Endau, di Kampung Labong, Mersing juga terus meningkat dengan bacaan 2.32 meter melebihi tahap bahaya sebanyak 0.12 meter dengan trend menurun.

“Sementara itu, turut melebihi paras bahaya melibatkan Sungai Muar di Panchor, Muar dengan bacaan 2.46 meter melebihi tahap bahaya sebanyak 0.33 meter dengan trend menurun dan Sungai Muar di Liang Batu, Muar dengan bacaan 2.74 meter,” katanya.

Oleh itu, orang ramai terutamanya yang berhampiran di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan seramai 4,400 daripada 1,241 keluarga dipindahkan ke 58 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 3.00 petang hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI