fbpx

Indonesia hantar 419 jemaah tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan sebahagian daripada 419 jemaah umrah Indonesia yang berlepas ke Arab Saudi dari Asrama Haji Pondok Gede, Jakarta. - CNN Indonesia

JAKARTA – Ketua Pengarah Pelaksanaan Umrah dan Haji Kementerian Agama, Hilman Latief mendakwa situasi Covid-19 di Indonesia berada dalam keadaan terkawal sekali gus membolehkan negara itu menghantar 419 orang jemaah umrah dari Indonesia yang berlepas ke Arab Saudi hari ini, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

Beliau berkata demikian selepas kumpulan jemaah dari Asrama Haji Pondok Gede, Jakarta Timur itu berlepas ke Arab Saudi hari ini.

“Sehingga kini, situasi Covid-19 masih terkawal. Memandangkan kerajaan Arab Saudi membenarkan ibadah umrah, pemerintah Indonesia juga tidak melarangnya.

“Tugas kami adalah untuk mengurangkan kesan jangkitan dengan melaksanakan protokol yang ketat,” kata Hilman kepada pemberita.

Jelasnya, perancangan awal bagi pelepasan umrah telah ditetapkan pada 13 Disember 2021. 

Namun, dengan melihat keadaan wabak Covid-19 pada penghujung tahun lalu, Kementerian Agama (Kemenag) masih menahan dan membatalkan rancangan itu.

Hilman bagaimanapun mengakui bahawa pemerintah masih bimbang dengan penularan varian Omicron di rantau Asia Barat.

Beliau menegaskan, Kemenag akan melaksanakan protokol kesihatan yang ketat, dengan salah satunya adalah pelaksanaan dasar satu pintu atau dasar umrah satu pintu bagi jemaah yang berlepas dan pulang melalui Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

“Kami juga akan menjalankan ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (PCR) daripada institusi yang disyorkan.

“Jemaah juga akan dikuarantin sebaik sahaja mereka mendarat dengan jumlah hari maksimum,” kata Hilman.

Arab Saudi sebelum ini telah menarik balik larangan penerbangan dari Indonesia ke negara itu bermula 1 Disember 2021.

Ini merupakan penerbangan pertama membabitkan jemaah Indonesia selepas penerbangan umrah dari negara itu ditutup pada Februari 2021 akibat penularan Covid-19. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI