fbpx

Tinggal 3 bulan, rumah macam tong sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah rumah menunjukkan longgokan sampah yang ditinggalkan penyewa menerima kecaman dari netizen hasil perkongsian seorang pengguna media sosial yang merupakan pemilik kediaman tersebut.

PETALING JAYA- Seorang pengguna media sosial berkongsi keadaan rumahnya yang berselerak dengan longgokan sampah disebabkan sikap penyewa yang tidak menjaga kebersihan sehingga mencetuskan kemarahan netizen.

Menerusi sebuah hantaran yang dikongsi oleh pengguna media sosial Dante, beliau berasa geram dan terkejut dengan sikap penyewa tersebut tidak mempunyai tanggungjawab dan pengotor.

“Tinggal seorang untuk tiga bulan, tetapi jadikan rumah seperti tong sampah. Macam mana kamu boleh hidup dengan selesa dengan keadaan rumah macam ini,” katanya.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi pengguna platform media sosial menyatakan penyewa tersebut seorang pemalas serta simpati dengan tuan rumah tersebut kerana terpaksa menanggung beban yang dibawa oleh penyewa tersebut di kediaman miliknya.

“Orang pengotor memang akan selesa tinggal dengan sampah. Sebab orang macam ini memang dia selesa hidup dalam keadaan tidak bersih,” kata Yesmina Mc.

“Kalau orang biasa, dia tidak akan tinggal sekali dengan sampah. Sebab dia boleh beza antara kotor dan bersih,” ujar Nick Muezza.

“Kesian pada tuan rumah, pemandangan rumah sudah cantik, bilik besar dan pemandangan nampak selesa tetapi sayang dapat penyewa dari neraka,” tulis Hisham Zanin. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI