fbpx

Tindakan segera diambil susulan kebakaran SMK Balai Ringin – Radzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan kejadian kebakaran SMK Balai Ringin yang dikongsikan oleh Radzi di laman Facebooknya.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mendapatkan maklumat lengkap mengenai kerosakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin, Serian, Sarawak yang terbabit dalam kebakaran awal pagi tadi.

Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, tindakan susulan segera akan diambil mengenai insiden itu.

“Insya-Allah, kami akan ikhtiarkan yang terbaik untuk warga SMK Balai Ringin.

“Saya dimaklumkan, kebakaran itu turut melibatkan bilik guru dan blok pentadbiran. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, beliau pernah melawat ke sekolah berkenaan ketika kunjungan ke Sri Aman, tahun lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.04 pagi itu difahamkan mengakibatkan kerosakan pada blok pentadbiran bilik guru di tingkat atas bangunan. Sekolah yang terletak di Kilometer 93, Jalan Kuching-Sri Aman itu memiliki lebih 1,700 pelajar dan kira-kira 100 orang guru. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI