fbpx

Kematian akibat Covid-19 bawah angka 20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Angka kematian masih di bawah 20 dengan 16 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan sebanyak 31,644 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sehingga kini sebanyak 6,384 kes,” demikian maklumat tersebut semalam.

Kesemua kematian tersebut dilaporkan di Johor (4), Sabah (3), Kedah (2), Selangor (2), masing-masing satu kes kematian di Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak dan Terengganu serta tiada kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 39,697 kes aktif melibatkan 32,528 kes dikuarantin di rumah, 3,546 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,369 kes di hospital, 140 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 114 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI